Tangki Penapis Air Coway

Ha bila bercakap pasal tangki ni selalunya orang yang jenis macam ni dah biasa dengar dari mulut jurujual brand lain dan dia tolong buat comparison (perbezaan dengan tangki coway). Sesetengah orang yang bijak, mestilah buat kajian terhadap dua atau lebih model penapis air.

Tangki Coway Plastik

Jawapan paling selalu sangat dapat review dari orang yang datang nak buat survey-survey ni ialah, tangki coway ni plastik kan? tak bahaya ke untuk kesihatan?

okay jawapan hayyad bagi ni sangatlah simple dan mungkin korang rasa semuanya masuk akal. Tangki coway ni sebenarnya terbahagi kepada dua jenis tangki. Satu untuk air panas yang menggunakan tangki stanless steel [Stainless steel 304 ke 306] dan untuk tangki air sejuk peti dan suhu bilik, memang tangki plastik tetapi plastik tangki coway ni memang diiktiraf BPA Free.

Jadi apa BPA Free ni? Korang boleh tengok kat gambar bawah ni apa tu BPA free. Kalau perasan, Brand Tuppuware juga salah satu brand yang BPA Free taw. Sebab tu harga dia mahal dari bekas-bekas kita beli kat kedai RM2.10 yang belum diketahui lagi kadar keselamatannya.

So apa beza tangki coway dan penapis air lain? Tangki coway terbahagi kepada dua jenis tangki panas (stainless steel) dan sejuk(BPA Free tank). Paling seronok tangki coway untuk proses pemanasan dan penyejukan air memang tak gunakan tenaga elektrik yang banyak sebab menggunakan heating bukan boiling macam kettle kat rumah taw.

Jangan gusar pasal tangki coway, kalau nak tahu lebih boleh terus ke link bawah ni atau tinggalkan je komen kat ruangan bawah ni. Tapi kalau tekan butang call tu lagi cepat hayyad jawap soalan yang bermain diminda tu.

tangki penapis air coway

Ingat Coway, Ingat Hayyad.
#hayyadcoway

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge