penapis udaraumum

Pembersih Udara Terbaik

Kalau tengah mencari penapis udara terbaik tu, memang banyak faktor yang perlu diambil kira. Salah satunya selain harga, kekerapan servis, jadual pertukaran filter, kos alat ganti dan sebagainya. Tapi macamana nak tahu penapis tu memang terbaik?

Kat sini hayyad cuba bantu kongsikan kriteria-kriteria yang perlu ada dalam penapis atau pembersih udara yang nak diletakkan dirumah atau dipejabat mahupun dimasjid-masjid untuk bulan puasa nanti.

Brand

Memang ramai yang akan setuju bila hayyad kata brand pun menjadi pilihan utama pengguna bilamana nak pilih pembersih udara terbaik untuk keluarga. Semakin kukuh sesuatu brand itu bermakna semakin tinggi kadar kepercayaan pengguna terhadap brand tu. Pendek kata, macam keretalah contoh macam BMW dan MERC, orang memang kata kualiti betul kereta dia kena dengan harga.

Kekerapan Servis

Bab yang ni ramai yang tak aware pasal berapa kerap pembersih udara kena servis. Ada jenis yang cuci setahun sekali, ada brand pakej yang dikenakan tak termasuk pakej servis sekali, ada juga yang servis setiap 2 bulan atau 4 bulan sekali. Sesetengah orang juga ada yang tak berapa kisah sangat bahagian servis ni, tapi ternyata kita sebenarnya tak kisah pasal kebersihan pun sebenarnya. Cuba bayangkan kalau kita korek hidung setahun sekali, apa jadi dengan rongga pernafasan kita?

Jenis Filter & Fungsi

Kalau bab ni ada banyak jenis brand yang letak 1 hingga 2 atau 3 filter sahaja. Ada juga penapis atau pembersih udara terbaik menyediakan sampai 6-8 filter yang setiap fungsinya memang berguna kepada keluarga terutamanya pada yang ada masalah dengan bau, bulu kucing dan bau hapak.

Harga

Kalau bab ni memang betul dan sangan paling penting dalam pemilihan penapis udara terbaik. Bab harga memang bajet utama terutama sesebuah keluarga. Tapi perlu diingat, tak semua yang murah itu bagus, dan tak semua yang mahal itu sangat bagus. Jadi kat sini apa yang paling penting dan hayyad boleh cadangkan buat survey elok-elok dan hayyad kongsikan beberapa penapis udara atau pembersih udara yang boleh buat survey-survey. 

1. Penapis Udara Storm
2. Penapis Udara Lombok II
3. Penapis Udara Tuba
4. Penapis Udara Captain

Comment here

CommentLuv badge