Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ramai yang yang tak berapa faham konsep pembelian coway secara terus atau secara sewa beli ni. Jadi kat sini hayyad nak kongsikan dan cerita dengan pembaca yang bijak dan cermat kaedah pembelian coway ni yang paling menguntungkan pada pihak pelanggan. 

Sejarah Syarikat Woongjin Coway (M) Sdn Bhd.

Coway ni merupakan syarikat di korea yang dah lebih 30 tahun bertapak di Korea dan di 13 tahun bertapak di Malaysia. Tahun 2006 sehingga tahun 2010, coway hanya mulakan dengan belian secara terus sahaja dan selepas tahun tu, coway terus mula dengan kaedah pembelian secara sewa beli. Tapi kat sini hayyad saja bantu kongsikan kelebihan sewa beli dan kaedah pembelian terus mesin penapis air coway ni.

A) Pembelian Secara Tunai 

1. Belian Terus Secara Tunai (CASH)

Sekiranya pelanggan memilih untuk membeli Penapis Air Coway atau Penapis Udara Coway secara tunai, pelanggan hanya perlu memindahkan wang (online transfer/ manually transfer) dari akaun persendirian ataupun syarikat ke VIRTUAL ACCOUNT EJEN COWAY YANG SAH SAHAJA, BUKAN KE AKAUN PERIBADI EJEN COWAY.

Ini bagi mengelakkan anda pelanggan di tipu terutamanya piha scammers. Setiap agent Coway telah diberi Virtual Account yang sah berdaftar. Akaun tersebut mengandungi 6 no ID ejen Coway tersebut di akhir no Virtual Account tersebut. Sebagai contoh:

VIRTUAL ACCOUNT COWAY
98 9929 00 XXXXXX (No ID Ejen Coway)
WOONGJIN COWAY (M) SDN BHD (Nama Syarikat Coway)

Selepas pembayaran dibuat, pelanggan boleh terus ke hantar resit kepada agent coway tadi untuk bukti pembayaran telah dibuat dan proses untuk pemasangan di rumah pelanggan.

*Apabila anda membeli secara tunai, pelanggan tak terikat dengan kontrak coway dan mesin penapis air coway atau penapis udara anda adalah milik kekal anda. Pada masa yang sama, coway akan datang buat servis dan warranti seperti biasa bergantung tempoh warranti dan servis setiap 2 bulan. (ikut promosi).

Terus call untuk maklumat lanjut mengenai coway
2. Belian Terus Secara Ansuran Kad Kredit (Credit Card Installment 0% interest)
Credit Card Installment 0% interest

Kalau kaedah belian terus secara kad kredit ni merupakan satu kelebihan yang ada kad kredit dalam simpanan mereka tanpa mengeluarkan CASH yang banyak dalam satu masa. Dengan plan Credit Card Installment 0% Interest, anda bebas untuk memilih membeli produk coway mengikut bank dan tempoh yang dipersetujui bersama. Di bawah hayyad kongsikan senarai bank yang terlibat dan tempoh masa yang diberikan.

credit card installment plan

Untuk belian terus secara ansuran kad kredit, yang paling menarik, anda terus boleh membuat bayaran secara terus pada pihak bank dan tak perlu melalui coway. Tapi perlu diingatkan juga bahawa :

untuk menyemak dahulu berapa kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank dan Coway tidak bertanggungjawab dalam urusan anda dengan pihak bank.(dengan coway memang 0% interest)

Pelanggan juga tak terikat dengan kontrak coway dan mesin penapis air coway atau penapis udara anda adalah milik kekal anda. Pada masa yang sama, coway akan datang buat servis dan warranti seperti biasa bergantung tempoh warranti dan servis setiap 2 bulan. (ikut promosi).

B) Pembelian Secara SEWA-BELI.

Okay dalam konsep sewa beli ni, ramai pengguna yang salah tafsir dengan coway ni mungkin disebabkan pengalaman pembelian barang-barang lain yang menggunakan konsep LOAN. Tapi di coway, pembelian secara sewa beli ni memang dibuat oleh pihak coway untuk tidak membebankan pengguna dan bukan LOAN seperti yang pengguna semua faham.

Dalam proses sewa beli penapis air coway, terbahagi kepada dua kaedah :

1. Pembayaran Secara Autodebit


Untuk pembayaran secara autodebit, coway hanya memerlukan pengguna untuk sediakan 2 dokumen penting untuk rujukan pihak coway sahaja dan dokumen anda dijamin selamat dan syarikat coway juga telah berdaftar dengan PDPA- (Personal Data Protection Act).

Contoh PDPA yang dikeluarkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi

Dokumen diperlukan untuk beli coway:
1. Salinan kad pengenalan (bahagian depan sahaja)
2. Salinan Kad Bank (Bahagian Depan Sahaja)

*Nota Penting – Apabila anda membeli secara sewa-beli, anda terikat dengan syarat-syarat berikut bagi melindungi syarikat dan pihak pengguna:

  • Kontrak selama 5 tahun dengan Coway dan minimum kontrak ialah 3 tahun.
  • Sekiranya dalam tempoh kurang dari 3 tahun, anda memilih untuk menukar produk atau berhenti menggunakannya, anda akan dikenakan caj penalti oleh pihak coway.

Selepas minimum kontrak 3 Tahun, anda mempunyai 2 pilihan :

  • Sambung guna coway sedia ada lagi 2 tahun dan terus jadi hak milik, atau
  • Telefon coway untuk tamatkan produk yang cukup tempoh kontrak dan produk coway tadi akan di ambil kembali oleh pihak coway (sewa sahaja).

Selepas 5 tahun, anda mempunyai 2 pilihan :
1) Re-New Membership (untuk servis & warranty) secara bulanan ataupun tahunan, atau
2) Ex-Trade dengan produk coway lebih canggih dengan harga lebih jimat.

Tekan sini untuk hubungi hayyad
2. Pembayaran Secara Direct Debit

Untuk pembayaran secara Direct Debit, pembayaran akan dibuat dengan bank memotong nilai sewaan bulanan produk Coway dan bank akan membayar ke Coway secara automatik.

Perjalanan transaksi secara Direct Debit ini, bank akan bertindak sebagai pihak ketiga yang menguruskan pembayaran sewaan bulanan produk Coway anda.
Untuk pembayaran secara Direct Debit ini, anda tidak perlu memberikan salinan kad bank. Anda hanya perlu memberikan salinan Kad Pengenalan dan salinan BUKU AKAUN BANK ataupun No AKAUN BANK sahaja.

Cara Beli Coway Mana Lebih Jimat?

Kat bawah ni hayyad ada buat sikit kiraan, belian terus atau sewa beli masing-masing ada kebaikan dan kekurangan. Tapi kalau nak lebih details, terus je hubungi no di bawah ni atau whatapps je. Jangan risau kita bantu yang mana terbaik untuk anda.

Tapi kalau nak tahu promosi yang lebih jimat dari contoh diatas, boleh terus call atau dengan tekan butang dibawah. Jangan risau, hayyad bantu anda dapatkan penjimatan lebih dari biasa.

Tinggalkan Nombor promosi terkini :

Cara Beli Coway

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge