Bil Elektrik Penapis Air Coway

Kalau bab cerita pasal bil elektrik ni memang ramai yang akan cepat melenting. Bila tambah sesuatau alat elektronik atau benda yang menggunakan elektrik memang ramai yang pertikai kenapa bil elektrik terus naik melambung tinggi. Tapi kat sini hayyad taknak cerita pasal bil elektrik barang-barang lain. Since ini merupakan blog pasal coway, hayyad kongsikan sikit berapa jumlah sebenar ‘electric consumption’ atau kos pengunaan elektrik untuk satu unit coway dirumah.

Okay sebenarnya model coway ni tak banyak sangat menggunakan elektrik. Paling banyak pun model Core coway ni diantara paling besar kapasiti dan tangki paling besar pun hanya perlukan 660 watt untuk beroperasi dan model Villaem 2 hanya 320 Watt. Kalau kat video bawah ni, hayyad kongsikan sekali berapa Amp yang satu brader ni tolong check waktu salah satu rumah pelanggan kami claim kata elektrik naik mendadak disebabkan coway.

bil letrik coway
kadar pengiraan tarif penggunaan elektrik di rumah

Jangan risau, hayyad bantu kongsikan tarif elektrik mengikut tarif TNB. Jom kita lihat dan nanti boleh buat planning siap-siap berapa lama nak on atau off barang elektrik kita dirumah.

Contoh kiraan jumlah penggunaan elektrik dirumah

Sehari kita bekerja 8 pagi hingga 6 petang = 10 jam
Malam kita tidur 10 malam hingga 5 pagi = 7 jam
Total jam sehari = 24 jam tolak 17 jam = 7 jam kita ambil masa penggunaan penapis air coway dirumah secara purata.

sumber : https://hec.tnb.com.my/Public/ApplianceComparison/SingleAppliance

Hayyad kongsikan kos penggunaan elektrik sebulan menggunakan average 300 watt penggunaan elektrik dan kiraan ni tak termasuk penjimatan elektrik sehingga 30% pada waktu malam dan bila penapis air ini tidak digunakan.

So far okay kan penggunaan elektrik, kalau nak kira-kira aircond kat rumah pun boleh juga taw. Semoga input ini membantu anda. Kalau nak order coway, boleh je terus klik butang kat bawah ni. Hayyad bantu kongsikan yang mana paling terbaik untuk keluarga anda. Jangan lupa kongsikan tips ni ye?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge